As salam semua…dah lama benar mama AAD tak mencoret di
sini, bukannya mama tak pernah jenguk langsung tapi setiap kali nak menulis,
mcm2 gangguan… byk cerita suka duka yg mama nk kongsi sebenarnya … Cuma masa
tak mengizinkan… kali ni mama harap dpt la mama menulis di ruangan ini…
Cerita qku kali ni berkenaan mak dan abh yg baru pulang dr
tanah suci Makkah 7 Disember baru2 ni… setelah 43 hari berpisah , akhirnya saat
pertemuan yg ditunggu selama ni pon menjelma dlm hidup qku dan adik beradik yg setiap hari menghitung detik dan waktu…
Saat nmpk mak keluar sambil menolak trolley, rasa syukur , gembira sedih
bercampur baur… Alhamdulillah mak dan abh sihat dan selamat… tapi abah
sebenarnya menyimpan rahsia drpd pengetahuan qku dan adik beradik yg lain… Mak
tak sihat kat Makkah…. Mak sendiri ingat mak akan terus tinggal kat Mina dan
tak berjumpa kami lagi…Ya Allah sedihnya tatkala mak cerita, dan dlm hati aku
tak putus bersyukur kerana Allah beri peluang sekali lagi utk aku dan yang lain
berjumpa dengan mak. Mak collapsed seharian di Mina akibat kekurangan gula di bawah tahap kritikal gak dan andai saat
mak pengsan tu tak der sape kat situ,
maybe aku tak der peluang lagi berjumpa mak… Sedihnya aku mendengar setiap
baris kata yg mak cerita… Abah memang sengaja merahsiakan takut kami semua
risau tapi mak minta abah bgtau dan minta anak2 doakan dia…Terus aku ckp,
setiap saat setiap masa x pernah sekalipon lupa mendoakan mak dan abah,..
Syukur Ya Allah…
Mak juga maybe kene serangan stroke sbb abh kata masa Mak
pengsan tu, mulut mak dah senget ke sebelah, jemaah2 yg merupakan kawan2
sekhemah mak dan abah yg tolong urut2kan mulut mak dan kembali balik spt asal…kuatnya
dugaan mak dan abah di sana…walaupun dah berkali menjadi tetamu Allah tetap tak
lari dengan dugaanNya… byk peristiwa yg terjadi selain dari mak jatuh sakit
buatkan aku tertanya…”layakkah aku utk menjadi tetamu Allah di sana??” Aku yg
serba kekurangan ni perlu betulkan diri, lengkap diri dgn ilmu Islam sebaik2nya
sebelum betul2 bersedia ke sana… rasa amat takut andai tak mampu nak diduga…
Bukannya aku tak redha kalo benar mak menjadi tetamu Allah selama2 nya tapi
jauh dlm sudut hati ni, biarlah apa pon nak jadi ..kami semua ada di sini,
anak2 mak dpt jumpa lagi mak buat kali terakhir…. Ya Allah, terima kasih kerana
pertemuan ini… sedih rasanya dgn apa yg dh jadi ni…
Dah 5 hari mak abah balik, mak tak berapa sihat sepenuhnya…sekarang
mak demam pulak, mcm2 ujian mak kene buat… takut Influenza la pulak…. Nsib adik
aku cuti boleh gak tolong tgk2 kan mak dan abah…weekend je semua berkumpul kat
umah mak, tak larat rasanya mak dan melayan sedara mara, tetamu yg datang ziarah…
semoga mak kembali sihat seperti sedia kala, kerana mama sedih bila tengok mak x sihat mcm ni..
kawan2 doakan mak yer… Terima kasih….