CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Snag a button

Sila letakkan URL anda supaya mama boleh terjah...

Sunday, December 11, 2011

Pertemuan Sekali Lagi....


As salam semua…dah lama benar mama AAD tak mencoret di sini, bukannya mama tak pernah jenguk langsung tapi setiap kali nak menulis, mcm2 gangguan… byk cerita suka duka yg mama nk kongsi sebenarnya … Cuma masa tak mengizinkan… kali ni mama harap dpt la mama menulis di ruangan ini…

Cerita qku kali ni berkenaan mak dan abh yg baru pulang dr tanah suci Makkah 7 Disember baru2 ni… setelah 43 hari berpisah , akhirnya saat pertemuan yg ditunggu selama ni pon menjelma dlm hidup qku dan adik beradik  yg setiap hari menghitung detik dan waktu… Saat nmpk mak keluar sambil menolak trolley, rasa syukur , gembira sedih bercampur baur… Alhamdulillah mak dan abh sihat dan selamat… tapi abah sebenarnya menyimpan rahsia drpd pengetahuan qku dan adik beradik yg lain… Mak tak sihat kat Makkah…. Mak sendiri ingat mak akan terus tinggal kat Mina dan tak berjumpa kami lagi…Ya Allah sedihnya tatkala mak cerita, dan dlm hati aku tak putus bersyukur kerana Allah beri peluang sekali lagi utk aku dan yang lain berjumpa dengan mak. Mak collapsed seharian di Mina akibat kekurangan gula  di bawah tahap kritikal gak dan andai saat mak pengsan tu  tak der sape kat situ, maybe aku tak der peluang lagi berjumpa mak… Sedihnya aku mendengar setiap baris kata yg mak cerita… Abah memang sengaja merahsiakan takut kami semua risau tapi mak minta abah bgtau dan minta anak2 doakan dia…Terus aku ckp, setiap saat setiap masa x pernah sekalipon lupa mendoakan mak dan abah,.. Syukur Ya Allah…

masa ni mak berisi jugak kan...skang dah susut, sedih tgk mak...

Mak juga maybe kene serangan stroke sbb abh kata masa Mak pengsan tu, mulut mak dah senget ke sebelah, jemaah2 yg merupakan kawan2 sekhemah mak dan abah yg tolong urut2kan mulut mak dan kembali balik spt asal…kuatnya dugaan mak dan abah di sana…walaupun dah berkali menjadi tetamu Allah tetap tak lari dengan dugaanNya… byk peristiwa yg terjadi selain dari mak jatuh sakit buatkan aku tertanya…”layakkah aku utk menjadi tetamu Allah di sana??” Aku yg serba kekurangan ni perlu betulkan diri, lengkap diri dgn ilmu Islam sebaik2nya sebelum betul2 bersedia ke sana… rasa amat takut andai tak mampu nak diduga… Bukannya aku tak redha kalo benar mak menjadi tetamu Allah selama2 nya tapi jauh dlm sudut hati ni, biarlah apa pon nak jadi ..kami semua ada di sini, anak2 mak dpt jumpa lagi mak buat kali terakhir…. Ya Allah, terima kasih kerana pertemuan ini… sedih rasanya dgn apa yg dh jadi ni…

Dah 5 hari mak abah balik, mak tak berapa sihat sepenuhnya…sekarang mak demam pulak, mcm2 ujian mak kene buat… takut Influenza la pulak…. Nsib adik aku cuti boleh gak tolong tgk2 kan mak dan abah…weekend je semua berkumpul kat umah mak, tak larat rasanya mak dan melayan sedara mara, tetamu yg datang ziarah… semoga mak kembali sihat seperti sedia kala, kerana  mama sedih bila tengok mak x sihat mcm ni.. kawan2 doakan mak yer… Terima kasih….

1 comments:

ℬʊḓαк﹩ $тℯłʟα ✿ said...

Hi ! Awesome blog ! Done follow u . I will always support ur blog :D .

http://secret-domokun.blogspot.com/