CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Snag a button

Sila letakkan URL anda supaya mama boleh terjah...

Thursday, June 16, 2011

Dosa Isteri Tanpa Disedari

As salam semua kengkawan....salam Jumaat dari mama dan keluarga. Moga hari ini lebih baik dari hari semalam...dan kita sentiasa di dlm lindunganNya...Amin.

Bila mama ada masa, mama suka blogwalking sbb mama mmg suka membaca dan menulis cuma kekangan masa buat mama selalu tertangguh. Ada je idea nak menulis tapi terbantut mcm tu jer... Dugaan demi dugaan buat mama dan keluarga, masalah yg satu tu masih dlm siasatan polis dan tiada apa2 perkembangan lagi..., mak dan abah mama pulak makin hari Alhamdulillah pada pandangan mama, cuma dlm hati dua2nya mama sendiri tak tahu...mudah mudahan ada kekuatan buat kedua2nya...InsyaAllah...Itulah doa kami adik beradik buat mak dan abah...

Ada satu artikel dari blog ini, yg memang hakikatnya kita nmpk seakan berat sebelah kepada pihak wanita yg bernama ISTERI tetapi hakikat dan mengikut agama Islam...apa yg penulis tulis itu memang BENAR cuba kita sebagai wanita, ibu & isteri amat sukar utk menerima keadaan kerana naluri kita sebagai wanita lebih kepada memberontak...

Sama2 lah kita hayati apa yg penulis ini sampaikan....

"Sayang,Saya Harap Lepas Ni Tiap2 Kali Balik Raya,Kita Balik Kampung Saya Dulu" Kata Suami Anda

Kalau jawapan anda kepada soalan tajuk di atas adalah HELL NO! bila suami tanya camtu..posting ini bukan untuk anda.

Orait.Posting hari ini akan jadi agak panjang...jadi,sebelum baca,baik minum air dulu...tenangkan fikiran dan fikir pasal persekitaran yang sejuk......Dah?Orait.Hari ni..aku nak bercerita... Sebelum mula,aku nak tanya,
"kenapa perempuan selalu marah bila ada pihak salahkan kaum dia kalau jadi gejala sosial,keruntuhan akhlak dan sebagainya?" Sebab.....memang tu tanggungjawab wanita.Bukan aku kata.Agama kita kata.Ramai perempuan yang dah berkahwin ni tak faham benda ni....main kawin aje....tapi bila suami ada buat hal sket....mulalah meradang.Komplen pasal suami...salah tu kak. Dosa besar...tu lah puncanya....


Teruskan membaca dan fahami betul2 apa yg penulis sampaikan.Mama letakkan link blog pemilik/penulis tersebut. Baca di sini ye kawan2 Cursing Malay



Wednesday, June 15, 2011

ANDAI LELAKI TAHU HATI WANITA...

Mama ada blogwalking ke blog sorang kawan nih...tertarik dan tersentuh membaca bait2 kata dlm sajak @ nukilannya.., lalu mama minta izin utk kongsi dlm blog mama... thanx yer http://azumylini.blogspot.com/


Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta dipujuk,
Marah seorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi,


Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2



Thursday, June 9, 2011

Hanya Mencuba...mana la tahu kan??

Kengkawan semua...dlm dok iklan sana sini, mama tertarik dgn satu link ni...mama baca lebih 3-4 kali utk memahaminya. Tak cukup dengan tu mama tanya kawan mama... sue http://savemezero.blogspot.com/... sembang punya sembang mama pon try laa...mana nak tahu kalo2 dpt side income... so kawan2 leh la tgk link ni...


Wednesday, June 8, 2011

Biar mama cerita.... perompak durjana

As salam kawan2 semua...baru hari ni rasa kuat utk menulis kat blog nih...dengan apa yg menimpa mak dan abah..., mama turut terkena tempias lemah semangat dan jadi takut. Mama jadi sedih tengok mak dan abah yg masih terkejut @ trauma dgn apa yg berlaku...


Biarlah mama ceritakan apa yg berlaku kepada kawan2 yg sentiasa memberi semangat dan mendoakan buat mama dan keluarga... mama amat menghargainya dan hanya Allah yg membalas segala doa kalian...


Time tu mak dah bangun tidur tapi still dok sembang ngn abah...dua2 tunggu jam loceng bunyi sbb nak bangun sahur. Dalam pada tu dengar bunyi pintu bilik terbuka sikit, mak nak sedapkan hati kata kucing kot dan ternampak bayang org melintas...dlm hati mak dah tak sedap fikir yg bukan2 tapi still wat tak tau lagi... Mak dah rasa something sbb kalau adik lelaki mama balik keje, bukan time tu dan dia mesti bagi salam sbb dia tahu time tu mak dah bangun pon. Loceng jam bunyi tepat kul 5 pagi, 4 perompak jahanam tu terus meluru ke arah mak dan abah, letak parang kat leher mak, yg sorang lagi letak pisau yg amat tajam kat leher abah dan perut abah...(sedih mama dok bayangkan...) . 2 orang lagi buka lampu bilik dan terus geledah. Tarik semua laci tapi tak puas hati sbb tak dpt pape. Terus rentap rantai kat leher mak, tarik gelang kat tgn mak (nasib mak pakai dua je...yg lain mak simpan)... cabut semua cincin yg mak pakai (aku tau ... ada cincin kawen mak sekali tp mak tak ckp)... Mak pakai subang, mmg susah nak bukak sebab jenis lama yg ada skru kat belakang... Perompak yg acu parang kat mak paksa mak buka...kalo tak dia nak potong telinga mak...Ya Allah...nak meraung dh mama dengar mak cerita... tahan jer dlm hati ni. Bila mak buka tak boleh juga perompak tu tanya kat mana simpan brg kemas...mak ckp dah tak dak...yg kat badan ni jer yg ada... Dia tekup mulut mak tak bagi cakap dah...

Perompak kat abah tu lak ugut abah...tanya abah betul ke mmg tak dak barang kemas... Perompak tu ada kata kat abah..., " agaknya kalo potong telinga bini dia ni, baru dia nak cakap kot..."... Allahuakhbar...takut mama dengar apa lagi mak yg rasa...nak meraung lagi mama...tahan jer ni,..tahan tapi hati mama dah menjerit. Abh jawab yg sama...mmg dah tak dak brg kemas yg lain... terus dia nmpk Quran atas meja komputer, ambil dan letak atas kepala mak...baik sumpah cakap mmg dah tak dak barang kemas lain...Mak ikut apa yg perompak tu cakap..." Kalo aku buka almari ni ada barang kemas lain...siap!!!" Dia rentap satu almari, tapi pemegang almari tu patah...so tak terbuka, Alhamdulillah Allah melindungi hambanya.. Wallet abah dan duit dlm tu abis depa ambik... byk le juga dlm tu sbb abh baru kuar duit nak bayar upah buat wiring kat umah tu...


Sempat lagi 2 org yg menggeledah tu masuk bilik mama, dpt 2 hp lama mama tp tak nmpk digital camera belakang kotak2 perfume mama, masuk bilik adik mama dpt digital kamera dan hp 2 bijik gak...hp abah pon dh dpt.... Nasib laptop adik tergerak nak simpan dlm almari...syukur sgt2. Dan lebih bersyukur mama rasa sbb adik tak dak kat rumah...bukan ler kata syukur sbb adik selamat atau tak cuba melindungi mak dan abh tapi mama rasa mungkin akan jadi kejadian yg lebih buruk...tahu la darah muda bila keadaan mcm ni, mesti nak melawan...Ya Allah, mama tak boleh bayangkan kalo adik nak defend diri dia...mesti dia jadi mangsa ...Astaghfirullah, mcm2 terlintas kat fikiran mama nih...


Bila perompak tu semua dah kuar umah, abh nak kuar bilik tapi mak halang ...takut kalo perompak tu tak puas hati dan berpatah balik...mungkin dilibas atau ditikamnyer abah time tu.. , abah dengar kereta Viva dia dilarikan mcm tu jer...sedih sgt dgr abh cerita


Mama dpt kol dari kakak mama sbb hanya no hp kakak jer yg mak ingat, dr suara kakak suruh mama cepat ke rumah mak abah buat mama ketar satu badan..."cepat pi umah mak lani, mak kena rompak ...4 org masuk umah bawak parang"...nak luruh jantung mama time tu, mama takut kalo mama tak jumpa mak abah dah...Ya Allah, semangat mama terus hilang.... Tapi demi mak abah, mama, adik dan ahli keluarga yg lain control diri tak mo tunjuk sgt perasaan tu sbb takut lagi melemahkan semgt mak dan abah... Hingga ke saat ni, mak dn abh masih trauma... dan kami tak putus2 dpt kunjungan sedara mara, kawan2 yg dtg bagi semangat, tak termasuk yg kol... yg hantar comment kat FB mama , FB adik...semuanya mama hargai sgt2...dan mama mohon doa kalian semua agar kami semua mendapat kekuatan menghadapi ujian dan dugaan ini.. Amin... mama ada paste petikan berita dlm Metro...





KULIM: Sekumpulan empat lelaki yang merompak sebuah rumah sempat mengarahkan seorang wanita warga emas menjunjung al-Quran dan bersumpah bahawa dia tidak menyimpan barang berharga lain ketika mereka mahu melarikan diri selepas melakukan samun di Taman Seluang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun dan suaminya yang juga pesara guru berusia 65 tahun kerugian kira-kira RM43,000 apabila penjenayah terbabit melarikan barang kemas serta kereta Perodua Viva berwarna hijau muda bernombor pendaftaran PHK 3653.

Berita lanjut baca disini Harian Metro

Thursday, May 19, 2011

Selamat Hari Lahir Ke 6 thn..Nur Alia Insyirah


As salam semua...Salam Jumaat. Entry mama hari ni just nak wish Selamat Hari Lahir buat puteri sulung mama ...hari ni 20.05.2011... genap umur kakak 6 tahun...kejap nyer masa berlalu... pejam celik pejam celik kakak dah nak sekolah tahun 1 pon... Mama doakan agar kakak menjadi anak yg solehah, di dunia dan akhirat... menjadi ketua keluarga yg boleh memikul tanggungjawab menjaga adik2.. dan yang penting berjaya dalam apa jua yg kakak ceburi... Insyaallah...


Mama sedaya upaya buat sendiri kek besday utk kakak...mendeco kek smpailah 2 pagi semata2 nak tgk kakak happy dan memenuhi permintaan kakak supaya mama buatkan sendiri kek.... Alhamdulillah, 1st trial yg bolehhhhhhhhhhhla.... (ketar tangan nak ratakan icing ... sememeh jer upanye.. hope rasa ok laa yer..). Nanti mama upload la pic tak seberapa tu...


Now...,Mama nak kongsi dgn kawan2...pic kakak masa umur 2 tahun dan pic kakak sekarang...
Umur kakak 2 tahun
Umur kakak 5 tahun ++

Umur kakak 5 tahun ++


Friday, April 8, 2011

Fahamilah isterimu....


Untuk Tatapan para Suami

by Norhidayu Abdullah (terima kasih yer Ayu...mmg patut kaum Adam membacanya..)

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki